Sabtu, 18 April 2020

Kisah Seram - Putih

Wawan Setiawan Tirta
Yu hu! So, camana korang hari nih? Sesapa yg belom baca lagi haku punya story seblom nih, dipersilakan membaca yg seblom2 nih, pasal hapa yg haku tulis kat sini mengikut kronologi masa.. dari zaman haku skolah sampai la skang nih supaya tak miss kronologi2 tu, diharap supaya korang browse balik creta haku yg sebelom nie. Thanx..!
Hapa yg haku nak sampaikan kat sini plak still lagi berkenaan umah sewa haku tu, tapi kali nih kejadian nie bukan tejadi kat atas diri haku tapi kat housemate haku tu, nama dia nasir. Nasir ni keje dia mengajar kat satu skolah yg berdekatan ngan umah sewa haku, so dekat la kalau dia beulang balik dari tempat keje dia tu Sehari2 tadak pa pa yg berlaku ke atasnya, begitu jugak la ngan haku, tapi bau2an tu still bermain kat idung haku dan nasir nih. Penah jugak nasir nih ajukan soklan2 yg berkaitan bau2 dan jugak benda2 yg begolek2 kat atas bumbung umah tu, disebabkan umah sewa haku tu tak berceiling, so bunyi benda2 yg begolek2 tu amat kuat la bunyinya. Haku cakap kat cikgu nasir yg bunyi tu tak yah la nak pikir sangat dan haku suroh nasir nie wat dono jer dah la. Kalau benda2 yg jatuh kat atas bumbung umah tu haku cakap mungkin tikus, tak pun musang paling tidak pun mungkin jebonhehehe! Termakan jugak cikgu nasir nih ngan haku punya auta haku rasa la pasal haku sendri pun tak penah nampak hapakah binatangnya yg selalu menjadikan bumbung umah sewa haku tu sebagai padang permainan mereka.
Hari2 yg haku lalui ngan cikgu nasir nie berjalan seperti biasa, sehinggalah haku dapat menyimpan sejumlah wang ntuk haku sambung blajar balik, dan jugak wang yg haku simpan tu boley la jugak haku wat pegi jenjalan ke luar negri eheh! Haku ada menyimpan hasrat nak pegi ke salah sebuah Negara kat timur tengah, pasal ramai memember haku study kat sana. So, kalau haku ke sana, hotel dah tak payah nak sewa kan? Save la haku punya budget. Buley la jugak haku mintak derang bawak haku jenjalan sekitar Negara tueheh! Tapi sebelom tu, haku bebalik pada creta haku tadi pasal cikgu nasir nih
Cikgu nasir nih haku suro dia hambik bilik yg sebelah kiri dan haku still lagi tido kat bilik yg bersebelahan pokok besar tu. Jadi segala alatan home theater haku tu haku letak kat ruang tengah. Cikgu nasir ni biasanya kalau balik dari mengajar dia akan lepak kat umah sambey layan movie tapi kalau ada aktiviti kat skolah baru la dia pegi. Satu malam tu, haku pegi jamming kat town ngan memember haku so tinggal la cikgu nasir nih kat umah sengsorang sambey layan tv. Time tu masih awal lagi sekitar jam seplo malam haku punya jamming abis dalam kul doblas, kitaorg sewa studio 2 jam. Dah abih jamming, haku ngan kengkawan tangkap lepak pekena neskepe ais barang segelas dua kat kedai, dalam kul 2 lebey baru la haku balik umah, sampai jer haku kat umah tu haku parking kreta haku tempat biasa iaitu bawah bilik haku tu la dan haku terus menapak masuk umah. Cikgu nasir still la gi dok melayan movie, time tu blom ada lagi cd player still pakai video tape, hapa movie yg dia layan pun haku tatau. Haku sembang jap ngan cikgu nasir dah tu haku masuk bilik.
Dah selesai solat isya haku pun cam biasa pasang ubat nyamuk dan terus tutup lampu la, nak tido. Dalam haku dok melayan palaotak haku tu, tetiba cikgu nasir meluru masuk bilik haku terus tido kat sebelah katil hakutekejut beruk sekejap haku, pasal lak mamat nih tetiba jer masuk bilik haku nih, tv kat luar tu still terpasang lagi, apasal dia tak off kan? Haku pun tanak tanya dulu pasal haku pikir nie musti ada yg tak kena nih, haku pun klua bilik dan terus off kan tv dan terus tutup lampu.
Besoknya seperti biasa haku pegi keje dan cikgu nasir tu pun pegi ngajar, ptgnya bila haku balik, cikgu nasir tu tadak kat umah.bemacam2 la perkara yg haku fakir dalam palaotak haku tu. Tetiba bunyi motor parking kat bawah umah haku, cikgu nasir la tu haku fakir. Dari bawah tu cikgu nasir ajak haku pegi makan, so haku pun tak cakap banyak, pakai lebey kurang dan terus klua ngan cikgu nasir tu.. Dah selesai makan baru la haku tanya cikgu nasir pasal semalam tu, apasal dia lari masuk ke bilik haku, lama jugak dia diam, antara nak cakap ngan tidak dia pun mula membukak bicara sebenarnya semalam, dalam dia melayan movie tu dia ternampak benda putih berkelumbung kat atas alang(haku tatau camana nak cakap alang umah nie, tapi kalau umah yg tadak ceiling mmg buley nampak kayu2 alang nihso, tanya la member korang hapa tu alang) umah. Cikgu nasir nie pun bangun dan pegi dekat2 ngan benda putih tu, hapa yg dia nampak cuma mata jer yg merah menyala dan mata memang sedang perati betul2 kat muka cikgu nasir tu. Dah tu hapa lagi, dia terus lari masuk bilik haku.. Haku jadi cuak la bila dengar dia cerita camtu. Kami pun membuat keputusan malam tu kami tido kat luar bilik, atau lebih bertepatan lagi kami tido kat ruang tv tu. Dan hari2 yg keseterusnya banyak la kejadian2 yg haku dan cikgu nasir nie alami sehinggakan haku mintak tlg ngan pak imam sebelah tu. Setelah pak imam tu kasi ubat skit kat umah sewa haku maka kurang la kejadian2 tak best yg haku alami....
Sebulan selepas kejadian2 tu cikgu nasir sewa umah lain dan haku plak brenti keje. Haku balik ke umah mummy and daddy haku. So, menganggur la haku kejap, dan dalam masa menganggur tu haku pegi melawat kawan2 haku kat timur tengah. rupa2nya kat timur tengah nie lagi ganaz tahap dewa dia punya jin.... nanti ya haku sambung....!!